Get more info...

Custom Search

Thursday, August 7, 2008

News of MUDS in newspaper

After getting the news frm missjewelz,i went online and see a small article that published by Utusan.Anyway in Johor here we cant get to read/see it because its the region/kota news,hence only those stay within Klang Valley will get to read it.Very sad..ha!Below is what they had reported...


Jun Shen juara siri akhir MUDS

KUALA LUMPUR Pelajar Universiti Pertahanan Nasional (UPNM), Chan Jun Shen muncul juara kategori lelaki pada Siri Duatlon Universiti Malakoff (MUDS) 2008 baru-baru ini.Bagaimanapun, dia yang mencatatkan masa satu jam 11 minit 59 saat pada perlumbaan pusingan ketiga siri itu gagal dinobatkan sebagai Atlet Duatlon Lelaki Universiti Terbaik Tahunan.

Gelaran tersebut disandang oleh Ong Wei Xiang dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) setelah mengumpulkan mata tertinggi menerusi tiga pusingan acara tersebut.

Namun, UPNM memahatkan namanya sebagai universiti terbaik kejohahan tersebut setelah atlet-atletnya mencatatkan lima tempat terbaik dalam tiga pusingan siri tersebut.

Universiti itu turut menggondol anugerah untuk penyertaan paling ramai.

Bagi kategori wanita pula, pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Juliana Ali yang mencatatkan masa satu jam 27 minit dan 48 saat muncul juara.

Dia yang merekodkan catatan masa yang konsisten dalam ketiga-tiga pusingan turut disahkan sebagai Atlet Duatlon Wanita Universiti Terbaik Tahunan.

2 comments:

Anonymous said...

NO WORRIES..i'll buy 1 copy of utusan later and post to you yaa the clip..gimme your address..email it to me kay..

Blackopoulos said...

pandai wartawan buat ayat supaya UPNM tu nampak kuat & hebat..nak belajar laa..